Monday, July 13, 2015

Salam Perantauan

Assalamualaikum

Harini 26 Ramadhan. InshaAllah ada lebih kurang 3 hari lagi Ramadhan akan tinggalkan kita semua. Tahun ni tahun pertama aku berpuasa dekat semenanjung setelah dua tahun duduk sabah. Kali pertama ke sabah, kali pertama naik kapal terbang (sebelum ni akak tak pernah naik flight yo) 2 julai 2013, yakni lebih kurang 2 tahun lepas. Posting ke nabawan sabah. Pedalaman ye, bukan mcm kota kinabalu tu. Bando beso kata org johor.

Nak dijadikan cerita, posting pulak seminggu sebelum berpuasa. Makanya berpuasalah akak odah kau ni kat sabah buat pertama kalinya. Sob sob takde asam pedas tau. Berat 56kg turun kepada 50kg dlm masa sebulan. Dugaan ramadhan betul waktu tu. Yang best waktu tu cuti raya dua minggu sbb sambung sekali dgn cuti sekolah pertengahan penggal kedua. Gigih ni aku dgn cik kyra (skrg puan) beli tiket flight waktu tu. Pergi balik dlm RM500 lebih. Disebabkan kesakaian kami (aku, kyra dan aimi : tiga tiga pun posting pedalaman) nak balik raya, takyah cakap lah planning dia. Akak ckp kau, mcm nak pegi korea dia punya planning. Padahal balik semenanjung je. Kihkihkih. 

Aku dgn kyra duduk daerah sama, housemate roomate lagi kitorg. Aimi ada di tulid keningau dlm 50km jaraknya dari rumah kami. Kami janji sama sama nak pergi airport kk. So, aku dgn kyra kena naik kereta sapu dari nabawan ke pekan keningau (70km). Aimi pulak tumpang kawan naik hilux dari tulid ke pekan keningau. Sampai pekan keningau kami naik teksi ke airport kk yg makan masa 3 jam perjalanan tapi uncle tu da pro jd dia bwk 2 jam je. Laju tak laju lah tapi part seram kat kimanis tu kau nak taruk mana kalau da bawak mcm racing. Menyenget nyenget ni hah badan kitorg dlm teksi tu.

Sampai airport 5.30 ptg. Flight kitorg pukul 10.50 mlm. Buat apa lama lama sgt kan? Well, weol kan first time handle sendiri naik kapal terbang. Kejakunan tu harus lah ada. Masa lapor diri semua KPM handle. 


Tu tahun pertama. Tahun kedua, tahun lepas, 2014, aku dgn aimi da ada kereta sendiri. Jadi kami balik dgn cara drive ke airport sendiri. Masa tu ada org keempat. Cikgu sesekolah dgn aku a.k.a along. Since aku tumpang kereta selama seminggu kat rumah sewa along di kk, jadi along hantar kami ke airport. Aku dan kyra pakai tiket waran. Flight aku awal dlm pukul 5 lebih petang. Kyra pulak lewat aku dlm sejam dua mcm tu. Kami tunggu di airport yg ada flight MAS. Agak lengang lah waktu tu sbb ramai yg naik air asia kan. Aimi beli air asia jadi perlu tunggu di airport satu lagi. 

Tapi tu kisah 2013 dan 2014. Tahun ni, aku dan kyra dah tak perlu naik kapal terbang. Kami berpuasa dengan suami masing masing. Sejak minggu lepas lagi aku terfikirkan aimi yg masih di tulid. Mcm mana aimi balik nnt? Aimi pergi airport dgn siapa?

Semoga aimi tabah tanpa kami berdua di sisi. Hehehe. Kyra dan aimi, walaupun masing masing dah ada kehidupan sendiri, tapi aku takkan pernah lupakan apa kita dah lalui bersama. Semoga takkan hilang kenangan yg ada dlm ingatan aku ni. :')


Aimi, hati hati dlm perjalanan balik ke semenanjung tak kira lah dengan siapa kau balik nanti. Aku dgn kyra minta maaf sbb kita tak blh lagi plan balik raya sama sama mcm 2 tahun sebelum ni. 
Take care =)


P/S : tajuk tak kena. zzzzzz. segala jarak yg disebut kat atas tu anggaran shj. plus minus beberapa km =)



Thank you for reading! =) 

Sunday, July 12, 2015

Mula Semula

Assalamualaikum

Selepas beberapa tahun tidak menaip, nak mula balik. Nak tinggalkan kenangan - kenangan yang ada skrg dlm blog sebab memori dalam kepala ni kadang - kadang (ke selalu?) ada problem. Kehidupan skrg lebih banyak isi nya dari yg dulu. jadi yg dulu tu hanya lah kisah remaja meningkat naik. Semoga segala entri yg mendatang lebih matang dan boleh mematangkan tuan punya blog. Kisah - kisah dulu tu biar simpan dalam diari lama yg aku dah delete. Benda yg lepas jangan dikenang. Apa yg aku nak kenangkan skrg, dah kenapa anak jiran ni memekak main mercun? #eh


My own work place kat rumah. Hehe. Teringin dari dulu. Suami amat lah memahami kehendak isteri. Jgn tak guna je katanya. InshaAllah saya guna sebaiknya ye encik abg. Salah satu sbb nak menaip dkt blog balik ni. Baru semangat. Cuma skrg kena semangat menanda buku - buku yg tersusun tu dulu. Nak cuti raya katakan.

Thank you for reading!